Syllabus atau sukatan pelajaran merujuk kepada penerangan perkara-perkara yang ingin disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang berkaitan. Ia meliputi matlamat serta kandungan pelajaran yang perlu disampaikan kepada pelajar. Ia adalah bahan rujukan guru untuk pengajaran matapelajaran tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan sukatan pelajaran Bahasa Inggeris dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah/Menengah (KBSR/KBSM). Cikgu BECK turut merujuk kepada sukatan pelajaran ini demi memastikan apa yang dikongsi adalah selari dengan apa yang disaran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajaran Bahasa Inggeris yang dikongsi oleh Cikgu BECK melalui blog Belajar English cara kita adalah berdasarkan kepada sukatan pelajaran ini tetapi menggunakan cara kita agar murid-murid lebih mudah mengikutinya.
Cikgu BECK ingin berkongsi apa yang anda perlu tahu mengenai sukatan pelajaran Bahasa Inggeris yang terkandung di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dokumen asal sukatan pelajaran ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dan disertakan dalam paparan blog Cikgu BECK untuk rujukan anda semua. Hanya-pentikan-petikan perlu sahaja dipaparkan. Sila rujuk dokumen asal: Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Bahasa Inggeris) 2001 dan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (Bahasa Inggeris) 2000, jika ingin membacanya dalam Bahasa Inggeris atau mengetahui kandungan terperinci apa yang dibincang olah Cikgu BECK di halaman ini.
FALSAFAH (=PHILOSOPHY)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan pembangunan seimbang modal insan untuk melahirkan individu yang dapat menyumbang kearah keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarat dan negara.
SASARAN (=AIMS)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan pembangunan seimbang modal insan untuk melahirkan individu yang dapat menyumbang kearah keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarat dan negara.
SASARAN (=AIMS)
Sukatan pelajaran Bahasa Inggeris untuk sekolah rendah bertujuan menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan asas Bahasa Inggeris agar mereka boleh berhubungan, secara lisan dan tulisan, di dalam dan di luar sekolah. Sukatan pelajaran Bahasa Inggeris untuk sekolah menengah tertujuan mengembangkan kebolehan berbahasa Inggeris pelajar demi memenuhi keperluan mengguna Bahasa Inggeris untuk tujuan tertentu di dalam kehidupan seharian, untuk menimba ilmu, dan untuk keperluan tempat kerja di masa hadapan.
Pada dasarnya matlamat pendidikan Bahasa Inggeris diperingkat sekolah rendah adalah untuk menyediakan pelajar dengan asas Bahasa Inggeris manakala diperingkat sekolah menengah menyediakan pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka. Fokus pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia adalah untuk tujuan komunikasi.
PENGOLAHAN KURIKULUM (= CURRICULUM ORGANISATION)
Kurikulum Bahasa Inggeris di sekolah rendah telah diselaraskan dengan cara bahasa ini digunakan dalam Masyarakat untuk berinteraksi, memperolehi maklumat, dan menikmati bahan bacaan atau tontonan kegemaran. Di peringkat sekolah menengah pula, kurikulum ini telah diselaraskan dengan cara Bahasa Inggeris digunakan dalam masyarakat untuk berinteraksi, memperolehi maklumat, dan memahami dan bertindakbalas kepada hasil penulisan. Hasil pembelajaran yang diharapkan adalah berdasarkan empat kemahiran berbahasa - Mendengar, Bertutur, Membaca, dan Menulis. Keempat-empat kemahiran tersebut diolah bersama penggunaan tatabahasa yang betul, Sistem vocal (bunyi) bahasa Inggeris dan perbendaharaankata yang bersesuian. Kurikulum juga mengambilkira penekanan ilmiah seperti kemahiran berfikir, ICT, nilai-nilai murni dan pendidikan kewarganegaraan.
Sila rujuk petikan dokumen asal untuk membaca (dalam Bahasa Inggeris) pengolahan kurikulum Bahasa Inggeris
Secara ringkas, penekanan diberi di sekolah rendah kepada menguasai kemahiran berbahasa Inggeris manakala di sekolah menengah penekanan kemahiran berbahasa Inggeris ini ditambah dengan penekanan penggunaan Bahasa Inggeris.
KEMAHIRAN BAHASA (=LANGUAGE SKILLS)
Kemahiran mendengar (=Listening skills)
- Sekolah Rendah: mendengar dengan hemat supaya dapat memahami sebaik mungkin maklumat yang dituturkan dalam Bahasa Inggeris.
- Sekolah Menengah: memahami dan memperolehi maklumat yang diperlukan dari pertuturan Bahasa Inggeris.
- Sekolah Rendah: menyebut perkataan Inggeris dengan betul serta bertutur menggunakan penekanan, intonasi, serta lengguk ayat yang bersesuaian agar dapat menyampaikan pandangan mereka dengan yakin dan jelas.
- Sekolah Menengah: menyampaikan pandangan dan pendapat dengan jelas dalam pertuturan yang menggunakan sebutan yang betul serta penekanan dan intonasi yang bersesuaian.
- Sekolah Rendah: membaca pelbagai teks tanpa bantuan dan memahami apa yang dibaca.
- Sekolah Menengah: menyesuaikan cara dan gaya bacaan dengan tujuan bacaan dan dapat memahami maksud tersurat dan tersirat dari teks bacaan.
- Sekolah Rendah: menyampaikan pandangan secara jelas melalui penulisan yang boleh difahami pembaca.
- Sekolah Menengah: menyampaikan pandangan dan pendapat melalui penulisan secara logikal dan teratur.
PENGGUNAAN BAHASA (=LANGUAGE USE) DI SEKOLAH MENENGAH
Interpersonal (berkaitan perhubungan): penggunaan Bahasa Inggeris untuk menjalin persahabatan serta berkerjasama dengan orang lain untuk melakukan sesuatu perkara.
Informational (berkaitan maklumat): penggunaan Bahasa Inggeris untuk memperolehi, memproses, dan memberi maklumat.
Aestatic (berkaitan menghargai teks penulisan): penggunaan Bahasa Inggeris untuk menghargai hasil penulisan bersesuaian dengan tahap bahasa serta berupaya mengolah ungkapan kreatif.
KANDUNGAN BAHASA (=LANGUAGE CONTENT)
Kandungan bahasa yang dirangkum dalam kurikulum Bahasa Inggeris:
- Grammar of the English language = Tatabahasa Bahasa Inggeris
- English sound system = Sistem bunyi sebutan Bahasa Inggeris
- Word List to guide teachers = Senarai perkataan untuk rujukan guru.
PENEKANAN PENDIDIKAN (=EDUCATIONAL EMPHASES)
Turut dirangkum dalam kurikulum adalah perkembangan pendidikan masakini seperti Kemahiran berfikir (=Thinking Skills), Kemahiran belajar bagaimana untuk belajar (=skills of Learning How to Learn) dan lain-lain penekanan pendidikan seperti nilai-nilai murni dan pendidikan kewarganegaraan. Pendidikan Bahasa juga mengambilkira kepintaran-pelbagai (multiple intelligence) pelajar dan memberi penekanan kepada menggunakan contoh dunia sebenar (=real world) untuk menyediakan pelajar menghadapi kehidupan dunia sebenar.
HASIL PEMBELAJARAN (=LEARNING OUTCOMES)
Hasil pembelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah pernyataan yang digubal dari matlamat pendidikan sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Hasil pembelajaran mengabungkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan aspek kandungan bahasa. Perincian hasil pembelajaran dan kandungan bahasa dimuatkan dalam document specifikasi sukatan pelajaran.