Mengapa perlu tahu sejarah Bahasa Inggeris? Topik ini disertakan sebagai pengetahuan am agar murid-murid tahu asal usul Bahasa Inggeris dan mengetahui bahawa:
- Perbendaharan-kata Bahasa Inggeris berasal dari pelbagai budaya/bahasa
- Sebutan dalam Bahasa Inggeris mengikut bahasa asal perkataan
- Ejaan dalam Bahasa Inggeris dipengaruhi oleh bahasa asal perkataan
- Bahasa Inggeris berkembang mengikut zaman
Bahasa Inggeris adalah Bahasa yang mempunyai sejarah "cetak-rompak" dimana perbendaharan-kata (Vocabulary) diambil dari bahasa lain. Kekuatan perbendaharaan-kata Bahasa Inggeris sebenarnya terletak pada keupayaan Bahasa ini menerima-pakai perkataan-perkataan dari merata dunia, terutamanya perkataan-perkataan yang pada asalnya tiada dalam budaya setempat orang-orang Inggeris (kepulauan Britain). Keperluan mengunapakai perkataan-perkataan baru yang di"pinjam" dari budaya lain didorong oleh sejarah orang-orang Inggeris sendiri seperti kedatangan/penaklukan bangsa Saxon (kini Peranchis), Viking (kini Norway) dan Rome (kini Italy). Penguasaan bangsa Inggeris melalui penaklukan dan pembesaran empayar British juga telah mendorong kepada penyebaran dan penambahan perbendaraan kata Bahasa Inggeris. Untuk yang beminat mengetahui lebih lanjut mengenai Sejarah Bahasa Inggeris, sila lihat video yang dipaparkan pada arkib-blog.
Perkembangan Bahasa Inggeris tergolong dalam dua kumpulan. Pertama ialah bahasa penggunaan (subscribed language) dan yang kedua ialah bahasa penulisan (prescribed language). Bahasa rasmi adalah bahasa penulisan. Bahasa yang digunakan seharian adalah bahasa penggunaan tetapi bahasa yang kita perlu guna secara rasmi maupun yang diuji dalam peperiksaan adalah bahasa penulisan (sebab itu tidak semua murid-murid melayu yang dapat markah A dalam ujian Bahasa Melayu) Bergantung kepada keperluan, bahasa penggunaan akan diserapkan ke dalam bahasa penulisan. Bahasa Inggeris telah berkembang lebih maju dari Bahasa lain di dunia kerana ciri men"cetak rompak" dalam perkembangan bahasa Inggeris telah melihat banyak perkataan-perkataan baru yang pada asalnya digunakan dalam bahasa penggunaan (termasuk yang di"pinjam" dari bahasa lain) telah diterima-pakai dalam bahasa penulisan. Tak percaya?!? Sila bandingkan perkataan-perkataan dalam kamus English yang dicetak pada tahun-tahun 40an dengan kamus English yang dicetak pada abad ini....banyak bezanya ya? Malah kini, perkataan-perkataan yang ujud akibat perkembangan IT dan internet telah diterimapakai sebagai bahasa penulisan.
Setelah mengetahui sejarah asal-usul Bahasa Inggeris murid-murid seharusnya tidak gentar belajar bahasa ini kerana jika dikaji, semua bahasa termasuk Bahasa Melayu telah melalui proses perkembangan yang sama. Jika murid-murid mampu menguasai bahasa ibunda maka tidak ada sebab mengapa murid-murid tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris. Bezanya, kita telah biasa dengan Bahasa ibunda kita kerana kita telah mendapat pendedahan sejak kita lahir sebagai bahasa penggunaan. Kita hanya mula mengenali bahasa penulisan bila mula sekolah. Kita mengenali Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris penulisan pada masa yang sama!! Begitu juga dengan mereka yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda, mereka hanya mengenali Bahasa penulisan mereka dibangku sekolah, sama seperti murid-murid sekalian.